Klik2 ler

Friday, 20 May 2011

Lewat satu bulan

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4
bulan. pada suatu malam si isteri memeluk 
leher suami dengan nada manja seraya berkata, 
"ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak
boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check 
kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun
berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang
perkhabaran gembira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi
oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran
bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En.
Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni
dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun
membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu
yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba
menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita
boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si
isteri tu lagi terkejut.

"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak
semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan
keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan
kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami
saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus
ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan
pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan
pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ,
dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni,
isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua
yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang
buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si
Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa
susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata
pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh
lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau
macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya....... ...."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong???
abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak
gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"
 

No comments:

Post a Comment