Klik2 ler

Monday 20 June 2011

Aku terkena Badi Mayat..

         Allahamdulillah..aku makin sihat setelah berikhtiar dengan seorang ustaz yg berasal dari indonesia yg telah lama menetap di taman kosas,ampang..Untuk aku memulakan kisah aku terkena badi mayat ni..korang ada terbaca paper2 kosmo,harian metro,sinar,berita harian x?kisah seorang pemuda yg maut dikerjakan bomoh siam?pemuda tu berasal dari kampung aku..umah arwah belakang rumah aku je kt kampung terengganu...kisahnya semasa aku cuti semester..sebelum kejadian ni terjadi..seorang kawan mak aku meninggal dunia..akibat terkena sengatan serangga pepinggat..dlm masa yg sama arwah ada pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung,lelah,dan lain-lain lagi..arwah menhembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke klinik..apabila sampai di klinik..pembantu doktor mengesahkan arwah telah meninggal dunia..dan jenazah di arahkan dibawa pulang tanpa sebarang surat ape2 pun...jenazah dibawa pulang kira2 jam 10 malam..tiba2 jam 12 pagi polis datang rumah arwah untuk membawa jenazah ke unit forensik di hospital kuala terengganu..dlm kes ni polis tu mahu menutup silapnya kerana tidak dtg petang td untuk menerima laporan berita kematian arwah..jadi dlm perjalanan untuk ke hospital tu..trak polis yg membawa jenazah telah rosak betul2 dihadapan rumah aku..ini mungkin satu pertanda bahawa jenazah tu da xmau pergi ke hospital..namun polis tu telah meminta bantuan trak lain untuk datang..ramai penduduk kampung aku yg x membenarkan jenazah terus dibawa ke hospital...namum polis tu berkeras..akhirnya trak lain sampai dan membawa jenazah ke hospital..trak yg rosak tu telah diletakkan betul2 depan pintu rumah aku..maklum la trak tu mungkin telah banyak membawa mayat2...mungkin badi tu telah terkena kt family aku..tp belum la serius masa tu..

      Selang 2 minggu selepas tu..kampung aku digemparkan dngan kisah pemuda yg maut dikerjakan bomoh siam..berita ni tersebar di dlm akhbar2 harian seperti kosmo,sinar,metro..arwah adalah Faizal Harun,26 tahun adalah org kampung aku..rumah arwah belakang rumah aku je..kisahnya mcm ni..dulu arwah bekerja di kuala lumpur..sebagai pengawal keselamatan..tp arwah pulang ke kampung 4 tahun lepas..dan dipercayai terkena buatan orang..arwah menjadi mcm xnormal..oleh sbb tu la..family arwah telah berikhtiar untuk mengubati penyakit yg dialami arwah..dan akhirnya arwah telah diubati oleh bomoh dari siam tu..pada mulanya rambut dan baju arwah telah diminta oleh bomoh tersebut yg dikenali sebagai "kak yah"..katanya ingin membawa barang2 tu untuk diberikan abgnya di siam..menurutnya abgnya bomoh besar di siam..bomoh buddha..arwah xbagi barang2 tu semua..kata2 arwah adalah "ambik la balik baju tu,kalau xde baju tu matilah kita"ni antara perkataan yg disebut arwah kt family..family arwah masa tu mmg xmengesyaki ape2 niat xbaik bomoh tu..mcm dipukau...rawatan telah berlarutan ke beberapa malam..dan akhirnya tiba malam kejadian tu..sebelum tu bomoh tersebut telah meminta 9 ekor ayam hidup,telur hitam,cincau,lengkuas,anggur hitam dan duit rm200 untuk membeli barang2 lain..pada malam tu arwah dibawa ke rumah sewa bomoh itu jam 7.45 malam..ramai family arwah telah pergi ke rumah bomoh tu..tp semuanya dah macam kena pukau semuanya..mcm xsedar dan mengikuti ape yg disuruh bomoh tersebut..pada mulanya arwah diberi minum beberapa jag air..namum xmemberi kesan..akhirnya bomoh tersebut meminta ahli keluarga arwah utuk pegang arwah..arwah telah dimasukkan hos/paip getah ke dalam mulut dan dibuka air paip..sambil hidung ditutup..mmg kejam bomoh tu..mangsa meronta2 meminta bantuan..namun permintaan arwah x dihiraukan..hampir 3 jam dimasukkan air..mangsa kelemasan..dlm mangsa telah berkata kepada ahli2 keluarganya supaya mengucap..tetapi xmemberi kesan kerana keluarganya telah dipukau..semasa mangsa kelemasan..mangsa telah memanggil nama ahli2 keluarganya seorg demi seorg..dan akhirnya org yg penting sekali..iaitu mak..mmg menyayat hati..semasa mangsa dlm keadaan x bermaya..bomoh tersebut meminta familynya membawa ke klinik kerana mangsa lemas..setelah sampai di klinik kesihatan merchang..masa telah meninggal dunia..akhirnya mangsa membuat laporan polis..polis telah menyerbu rumah bomoh tersebut..namum suspek telah melarikan diri..

    keesokkannya,jenazah telah dibawa pulang jam 7 ptg dari unit forensik..jenazah terus dibawakan terus ke masjid kampung aku kerana masa yg x mengizinkan..kesuntukkan waktu..jenazah disolatkan n dikebumikan selepas solat maghrib..sebelum tu aku melihat wajah arwah untuk tatapan terakhir..arwah dlm keadaan senyum..sampai 3 kali aku menatap wajahnya..selepas tu aku balik rumah utuk mandi n solat maghrib..bila sampai umah aku..entah kenapa tiba2 aku rasa xsedap badan je..jantung aku berdenyut dengan laju,badan ketar2..badan panas..malam tu aku xleh nak tido..pejam je aku teringgat kt arwah..sblum arwah masih hidup..arwah selalu lalu tepi rumah aku..berjalan2..pejam je nampak..celik pun nampak..bukan aku je yg kena..mak n abg aku pun terkena jugak..perkara ni berlanjutan sampai 3 hari..bila tiba malam je jantung berdenyut laju,badn panas n terketar2..rasa macm ada sesuatu yg xkena..akhirnya aku, mak n abg aku membeuat keputusan untuk dtg kl ni berjumpa dgn ustaz ibrahim ni..kami menceritakan perkara tersebut..dan ustaz tu ckap kami semua terkena badi mayat..ustaz tu ckp..ada sesuatu yg terjadi krna arwah meninggal dlm keadaan yg trajis..mungkin rohnya xtenteram sbb diperlakukan sedemikian..akhirnya ustaz tu membuatkan kami semua air penawar,urut2..dan baca ayat2 suci Al-Quran..Allahamdulillah kami terasa semakin pulih..ustaz tu jampi garam sikit untuk ditaburkan sekeliling rumah kt kmpung..sebagai perlindung..bergitu la kisah aku kena badi mayat...Wa'Allah Hu Walam....sekadar ingin berkongsi cerita..xde niat untuk mengaibkan arwah n familynya..jadikan sebagai pengajaran..semoga arwah dicucuri rahmat..semoga rohnya tenteram..Amin...Al-Fatihah...

3 comments:

  1. sebenarnya ustaz saya kata mana ada istilah badi mayat ni,semua tu menipu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz awak kata gitu sbb dia tak pernah kena... dia kena nanti baru tau..

      Delete
  2. Sakit yg kita xnmpak ada mcm2.. sbb dlam perubatan islam.. mmg ada istilah badi mayat.

    ReplyDelete